awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2024
00:00 MYT
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Tangkap layar kejadian yang melibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM 11, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam arah Johor Bahru pada Khamis. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Gara-gara terlanggar cermin sisi sebuah kereta, seorang penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 11, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam arah Johor Bahru pada Khamis.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor, kemalangan melibatkan motosikal, kereta dan lori itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.05 pagi di lokasi.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun melalui lorong tengah dan kanan menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta yang dipandu di lorong kanan.
"Akibat perlanggaran tersebut penunggang motosikal terbabit telah hilang kawalan dan terjatuh ke bawah sebuah lori yang sedang bergerak di lorong tengah lalu digilis tayar belakang sebelah kanan lori tersebut.
"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Ong Jon Siong di talian 011-16490168. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar cermin sisi kereta
#penunggang motosikal maut
#penunggang motosikal digilis lori
#Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan