awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terlibat dua insiden: JPJ gantung tugas dua anggota, jamin siasatan secara telus

Bernama
Bernama
23/03/2026
16:05 MYT
Terlibat dua insiden: JPJ gantung tugas dua anggota, jamin siasatan secara telus
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli bercakap ketika sidang media Pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 di Pusat Kawalan Menora. - Foto BERNAMA
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung tugas serta-merta dua anggotanya sementara siasatan dijalankan berhubung dua insiden membabitkan kenderaan jabatan itu termasuk terlibat kes kemalangan maut di Tanah Merah, Jumaat lepas.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata satu lagi insiden berkaitan video tular yang menunjukkan kenderaan JPJ memotong di garisan berkembar, yang kedua-dua insiden melibatkan kenderaan dan anggota yang sama.
"Insiden pertama melibatkan video tular kenderaan JPJ melanggar (memotong) garisan berkembar di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), yang berada di bawah bidang kuasa siasatan dalaman jabatan.
“Bagi kes ini, kita telah gantung tugas anggota terlibat dan menghantar pasukan untuk menjalankan siasatan dalaman. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan dapatan siasatan,” katanya dalam sidang media selepas melaksanakan pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 di Pusat Kawalan Menora, di sini malam ini.
Aedy Fadly berkata insiden kedua melibatkan kemalangan maut di KM85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli berhampiran Kampung Rahmat, Bukit Bunga, Tanah Merah, Jumaat lepas yang membabitkan kenderaan JPJ dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
"Kes kemalangan ini kita serahkan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut dan JPJ tidak terlibat dalam siasatan tersebut, namun kita boleh sahkan bahawa kedua-dua insiden melibatkan kenderaan dan anggota yang sama, namun berlaku pada hari berbeza.
“Terdapat kekeliruan dalam kalangan netizen yang mengaitkan kedua-dua kejadian itu sebagai berlaku pada hari yang sama dan spekulasi yang mengatakan ia berlaku pada hari yang sama adalah tidak tepat," katanya.
Beliau berkata kedua-dua anggota berkenaan akan ditempatkan di ibu pejabat jabatan sepanjang tempoh penggantungan bagi tujuan siasatan lanjut.
Katanya JPJ memberi jaminan bahawa siasatan dalaman akan dilaksanakan secara telus tanpa melindungi mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan.
Terdahulu insiden berkenaan mencetuskan perhatian umum selepas video kenderaan JPJ memotong di garisan berkembar tular di media sosial, selain kemalangan maut yang melibatkan kenderaan jabatan itu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#gantung tugas anggota
#kemalangan
#Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan