awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terowong SMART ditutup bagi pengaktifan sistem banjir

Bernama
Bernama
18/12/2021
17:06 MYT
Terowong SMART ditutup bagi pengaktifan sistem banjir
Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat lepas. - Bernama
KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi pengaktifan sistem banjir susulan hujan lebat sejak Jumaat lepas.
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 6.47 petang tadi.
"Pihak SMART memohon agar pengguna bersabar serta memberi kerjasama dan perhatian mengenai pengumuman status operasi Terowong Lebuhraya SMART yang akan disiarkan melalui penghebahan media dan papan maklumat elektronik (VMS)," menurut catatan itu.
Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my , twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel'di Facebook.
Hubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SMART
#terowong
#banjir
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan