awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terpaksa batal tujuh projek PR1MA Pahang

Bernama
Bernama
28/07/2019
21:00 MYT
Terpaksa batal tujuh projek PR1MA Pahang
Kerajaan negeri memantau pelaksanaan setiap projek PR1MA Pahang bagi memastikan tiada yang terbengkalai dan kualiti rumah yang dihasilkan adalah baik. - Gambar hiasan
Kerajaan negeri Pahang membatalkan tujuh projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abd Rahim Muda.
Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan ekoran masalah infrastruktur seperti kos pengambilan tanah yang tinggi dan cadangan lokasi didapati tidak strategik.
"Projek yang dibatalkan ini adalah yang masih di peringkat rancangan, bermakna masih di tahap awal, bukan yang terbengkalai. Keputusan (untuk membatalkan) dibuat supaya tiada masalah lain timbul jika ia diteruskan.
"Antara lokasi terlibat ialah Kuantan dan Jerantut. Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata sejak dimulakan pada tahun 2013, PR1MA Pahang melibatkan 126 projek di 11 daerah dengan sasaran keseluruhan 39,987 unit rumah, yang mana 15,000 unit daripadanya sudah disiapkan.
Katanya, PR1MA Pahang yang ditawarkan pada harga bermula RM150,000 mendapat permintaan tinggi, selain Rumah Makmur yang juga inisatif kerajaan negeri kepada golongan kurang berkemampuan dengan harga RM80,000.
"Kerajaan negeri juga memantau pelaksanaan setiap projek PR1MA Pahang bagi memastikan tiada yang terbengkalai dan kualiti rumah yang dihasilkan adalah baik supaya tidak menyusahkan pembeli," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Rahim Muda
#batal projek
#kerajaan negeri
#masalah infrastruktur
#Pahang
#PR1MA
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan