awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terpaksa guna pakaian 'bundle' tutup lubang jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2022
01:10 MYT
Terpaksa guna pakaian 'bundle' tutup lubang jalan
Penduduk di Kampung Bukit Perah dan Kubang Darat, Rantau Panjang terpaksa mengambil inisiatif sendiri menggunakan pakaian terpakai atau bundle untuk menutup lubang yang terdapat dilaluan berkenaan yang rosak teruk. - Foto Sinar Harian
RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Bukit Perah dan Kubang Darat di sini terpaksa mengambil inisiatif sendiri menggunakan pakaian terpakai atau 'bundle' untuk menutup lubang di laluan berkenaan.
Langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan anak-anak serta mengurangkan kerosakan pada kenderaan.
Wakil penduduk, Ismail Hassan, 67, berkata, kerosakan jalan sejauh 1.6 kilometer (km) berlarutan sejak dua tahun lalu menyebabkan ramai penduduk berdepan bahaya, terutama pada waktu malam.
"Lebih membahayakan lagi apabila laluan itu tiada lampu jalan membuatkan pengguna terpaksa sepanjang menggunakan laluan tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat.
Katanya, terdapat lebih 10 lubang besar melibatkan kedalaman kira-kira 0.2 meter.
Sementara itu, menurut Ismadi Hamzah, 46, jalan tersebut digunakan kira-kira 600 penduduk dan merupakan laluan alternatif menghubungkan antara Pasir Mas dan Rantau Panjang.
Wakil penduduk menunjukkan kerosakan jalan di Kampung Bukit Perah yang melibatkan sejauh 1.6 km.
Katanya, ia juga merupakan laluan utama pelajar untuk ke beberapa sekolah berhampiran.
"Sejak pembelajaran secara bersemuka dibenarkan awal bulan lalu, ia menyukarkan pelajar ke sekolah terutama yang berbasikal.
"Beberapa aduan telah dibuat namun sehingga sekarang tiada tindakan diambil, malah keadaan jalan semakin teruk," katanya.
Menurutnya, ini meresahkan penduduk dan berharap tindakan segera dapat dilakukan oleh pihak yang berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra, Abdul Rasul Muhamed berkata, pihaknya sudah mengetahui masalah tersebut.
"Kita sudah mengangkat masalah tersebut ke pengetahuan Jabatan Pembangunan Jajahan untuk menurap semula laluan berkenaan.
"Bermula tahun baharu, ia dalam proses penyenaraian. Bulan Febuari sebut harga baru dikeluarkan selepas itu tindakan akan diambil," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pakaian bundle
#tutup lubang jalan
#bahaya
#Penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan