awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terpaksa pecahkan mangkuk tandas keluarkan remaja tersepit

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/05/2020
06:58 MYT
Terpaksa pecahkan mangkuk tandas keluarkan remaja tersepit
Mangsa, P Sharniya, 19, dikatakan tersepit pada mangkuk jamban itu disebabkan saiz badan yang besar menyebabkan mangsa gagal bergerak. - Foto JBPM
Anggota bomba terpaksa memecah mangkuk tandas bagi mengeluarkan seorang remaja yang tersepit.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi Jumaat itu, mangsa, P Sharniya, 19, dikatakan tersepit di ruang sempit di tepi mangkuk tandas itu disebabkan saiz badan yang besar menyebabkan mangsa gagal bergerak. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.47 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya pada pada jam 11.55 pagi di rumah mangsa di Taman Bandar Baru, Bedong, bersama lima anggota dan sebuah jentera.
Mangsa dikeluarkan dalam keadaan sedar dan diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa juga disyaki turut mengalami demam denggi.
Topic Berkaitan
#bomba
#denggi
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kedah
#KKM
#mangkuk tandas
#mangsa
#operasi
#pecah tandas
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan