awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terumbu karang di perairan negara masih dalam keadaan terkawal - Pakar Penyelidik

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
02:40 MYT
Terumbu karang di perairan negara masih dalam keadaan terkawal - Pakar Penyelidik
CHUN HONG: Selain penguatkuasaan, pengurusan kawasan terumbu karang yang sistematik adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan sebarang bentuk pencemaran dan kemusnahan. -Astro AWANI
KUALA NERUS: Terumbu karang di negara ini, khususnya di perairan Terengganu, masih berada dalam keadaan terkawal walaupun sebahagiannya diancam kepupusan.
Pakar Penyelidik Batu Karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Tan Chun Hong berkata perubahan iklim dunia serta kesan antropogenik memberi impak besar kepada alam sekitar.
Menurut Chun Hong, ia termasuk kemerosotan ekosistem marin seperti berlaku kelunturan karang, peningkatan paras laut, dan pengasidan air laut.
"Kalau kita tengok keadaan di Great Barrier Reef (Terumbu Sawar Besar), selepas itu kita tengok balik reef di Terengganu. Batu karang dekat Terengganu okey.
"Walaupun batu karang atau terumbu karang kami bukan di bawah World Heritage Site (Tapak Warisan Dunia), tetapi ancaman yang ada di sana sama dengan yang kita boleh nampak di sini.
"Pencemaran memang ada. Kerosakan disebabkan oleh aktiviti pelancongan, kerosakan fizikal, pencemaran dari segi air, sampah sarap memang ada, dan penting sekali adalah ancaman perubahan iklim," kata Chun Hong.
Jelasnya, selain penguatkuasaan, pengurusan kawasan terumbu karang yang sistematik adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan sebarang bentuk pencemaran dan kemusnahan.
"Salah satu cara untuk pengurusan terbuka kawasan-kawasan terumbu karang terutamanya dalam Marine Park adalah di mana kami boleh buat zoning.
"Zoning bermaksud kita boleh buat zon untuk penggunaan yang berlainan. Contohnya kita boleh buat zon di mana kawasan tertentu hanya dibuka untuk snorkeling.
"Untuk memudahkan penguatkuasaan, kita boleh ada kawasan yang fokus untuk kajian, di mana untuk saintis untuk pergi buat kajian tertentu.
"Kita juga boleh ada kawasan yang memang tutup, di mana orang memang tak boleh masuk ke dalam kawasan itu," katanya lagi.
Sebelum ini kerajaan Australia menentang keras rancangan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang mahu menyenaraikan terumbu karang terbesar di dunia atau Great Barrier Reef sebagai "dalam bahaya".
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan draf laporan yang mengesyorkan status warisan dunia itu diturunkan kerana terumbu karang mengalami kemerosotan yang dramatik akibat fenomena perubahan iklim global.
Topic Berkaitan
#terumbu karang
#perubahan iklim
#great barrier reef
#Tan Chun Hong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan