awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TFC pulang dengan tiga mata di Stadium Selayang

Bernama
Bernama
06/03/2026
16:27 MYT
TFC pulang dengan tiga mata di Stadium Selayang
Pemain Terengganu FC, Muhamad Alif Zakaria (kiri) cuba melepasi pemain Kelantan The Real Warriors FC, Muhammad Syafik Ismail (dua, kiri) pada saingan Liga Super antara Kelantan The Real Warriors FC Menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Perbandaran Sel
Terengganu FC (TFC) membawa pulang tiga mata penuh selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors(TRW) 2-0 dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.
Terengganu terlebih dahulu mengancam pada minit ke-13 menerusi penyerang mereka, Gervane Kastaneer namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol, Damyan Valeriy Damyanov.
Terengganu kemudian menggandakan asakan melalui gandingan Panshanbe Ehsoni kapten Raianderson Da Costa Morais tetapi peluang itu gagal disudahkan dengan baik.
Pada minit ke-31, Kastaneer sekali lagi memperoleh peluang menjaringkan gol melalui rembatan dari luar kotak penalti, namun masih belum menemui sasaran.
Secara keseluruhan, babak pertama menyaksikan Terengganu menguasai permainan, manakala Kelantan gagal menghasilkan sebarang percubaan berbahaya.
Memasuki separuh masa kedua, Terengganu terus meningkatkan tekanan dan berjaya membuka jaringan pada minit ke-58 apabila Kastaneer menolak masuk bola dari jarak dekat selepas menerima hantaran pendek rakan sepasukan tanpa kawalan ketat.
Kelantan akhirnya mencatatkan percubaan tepat pada minit ke-80 melalui kapten Muhammad Nor Azam Abdul Azih namun rembatan jarak jauhnya gagal menepati sasaran.
Terengganu mengesahkan kemenangan dengan gol kedua pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mabatshoev pada minit ke-90+5.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan
#bola sepak
#Liga Super
#TFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan