awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand naikkan harga diesel susulan pengurangan subsidi

Bernama
Bernama
01/04/2026
15:50 MYT
Thailand naikkan harga diesel susulan pengurangan subsidi
Harga diesel di Thailand bakal meningkat sebanyak 3.50 baht seliter bermula Khamis (2 April) selepas Jawatankuasa Pengurusan Dana Bahan Api Minyak meluluskan pengurangan kadar subsidi diesel pada Rabu. - Gambar hiasan/ Reuters
Harga diesel di Thailand bakal meningkat sebanyak 3.50 baht seliter bermula Khamis (2 April) selepas Jawatankuasa Pengurusan Dana Bahan Api Minyak meluluskan pengurangan kadar subsidi diesel pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata, keputusan berkenaan didorong oleh ketidaktentuan berterusan harga minyak global yang kekal tinggi dengan trend meningkat.
“Dalam mesyuaratnya hari ini (1 April), jawatankuasa memutuskan untuk mengurangkan subsidi diesel di bawah Dana Bahan Api Minyak sebanyak 4.11 baht seliter, daripada 21.89 baht kepada 17.78 baht seliter, selaras dengan keadaan pasaran dan bagi mengekalkan kecairan dana,” katanya pada Rabu.
Susulan keputusan itu, harga runcit domestik bagi disel akan meningkat kepada 44.24 baht seliter, berkuat kuasa 2 April.
Jawatankuasa itu berkata, pengurangan subsidi itu dijangka mengurangkan perbelanjaan dana berkenaan kira-kira 362.76 juta baht sehari, daripada sekitar 1.80 bilion baht kepada kira-kira 1.47 bilion baht sehari.
“Langkah membenarkan harga runcit mencerminkan kos sebenar dengan lebih baik adalah perlu bagi memastikan kemampanan jangka panjang Dana Bahan Api Minyak,” katanya.
Ini merupakan kenaikan harga diesel kali ketiga dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, menyusuli kenaikan sebanyak 6.00 baht pada 26 Mac dan 1.80 baht pada 31 Mac.
Tinjauan di stesen minyak Bangchak Corporation pada Rabu menunjukkan Gasohol 95 dijual pada harga 42.05 baht seliter, Gasohol 91 pada 41.68 baht, manakala Diesel B7 pada 40.74 baht.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#diesel
#subsidi
# Jawatankuasa Pengurusan Dana Bahan Api Minyak
#harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan