awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan udara IDF berhampiran Pos MALBATT di Selatan Lubnan, tiada anggota cedera
[DUPLICATE] Akta pekerja Gig 2025 permulaan perlindungan menyeluruh untuk ekonomi digital – GEM
Akta Pekerja Gig 2025 permulaan perlindungan menyeluruh untuk ekonomi digital – GEM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand panggil duta Iran berhubung serangan ke atas kapal kargo Thai

Bernama
Bernama
12/03/2026
09:06 MYT
Thailand panggil duta Iran berhubung serangan ke atas kapal kargo Thai
Pada Rabu, sebuah kapal kargo yang berdaftar di Thailand diserang di Selat Hormuz, dengan 20 anak kapal berjaya diselamatkan manakala tiga lagi masih dilaporkan hilang. - Gambar fail/Reuters

Kementerian Luar Thailand memanggil Duta Besar Iran ke Thailand bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden sebuah kapal kargo Thailand yang diserang pada Rabu di Selat Hormuz sehingga menyebabkan tiga anak kapal warga Thailand hilang.

Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Penerangan merangkap Timbalan Jurucakap kementerian itu, Panidone Pachimsawat berkata kementerian itu turut membantah keganasan yang disasarkan terhadap kapal komersial.

“Kami membantah keganasan yang disasarkan terhadap kapal komersial dan menyatakan kebimbangan kami terhadap perkara itu. Pagi ini, Kementerian Luar menjemput Duta Iran ke Thailand untuk mengadakan perbincangan bagi menjelaskan fakta berkaitan insiden tersebut,” katanya kepada pemberita di Pusat Pentadbiran dan Pemantauan Situasi Pertempuran di Asia Barat (CABM) pada Khamis.

Beliau berkata Menteri Luar Thailand akan mengadakan panggilan telefon dengan Menteri Luar Oman pada Khamis malam bagi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Oman atas bantuan yang diberikan selain membincangkan perkembangan usaha pencarian tiga anak kapal yang hilang.

Panidone berkata pihak berkuasa setakat ini masih belum dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan dalam serangan terhadap kapal berkenaan.

“Setakat ini hanya diketahui bahawa serangan itu mengenai bahagian buritan kapal, iaitu lokasi tiga anak kapal Thailand yang hilang yang berada berhampiran kompartmen yang terjejas.

“Keselamatan tiga anak kapal itu kekal menjadi kebimbangan terbesar kami dan semua pihak berkaitan sedang melakukan segala yang mungkin,” katanya.

Pada Rabu, sebuah kapal kargo yang berdaftar di Thailand diserang di Selat Hormuz, dengan 20 anak kapal berjaya diselamatkan manakala tiga lagi masih dilaporkan hilang.

Sementara itu, Panidone berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN akan diadakan pada 13 Mac atas inisiatif Thailand.

Beliau berkata mesyuarat itu akan membincangkan kesan konflik di Asia Barat terhadap ASEAN, bertukar pandangan mengenai langkah tindak balas serta membuat persediaan kesiapsiagaan serantau bagi jangka panjang.

“Ia juga akan menjadi peluang untuk menegaskan semula perpaduan dan keutamaan ASEAN dalam menangani krisis yang memberi kesan kepada rantau ini,” katanya.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kapal kargo Thai
#Kementerian Luar
#Duta Iran
#Panidone Pachimsawat
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan