awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Pemain transgender dilarang sertai acara dart wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand sambut baik gencatan senjata AS-Iran, gesa keamanan berkekalan

Bernama
Bernama
08/04/2026
13:36 MYT
Thailand sambut baik gencatan senjata AS-Iran, gesa keamanan berkekalan
Konflik Asia Barat menyebabkan kerosakan besar di dalam dan luar rantau berkenaan dengan kenaikan harga tenaga global menjadi antara kesan utama terhadap Thailand. - Gambar Reuters

Thailand menyambut baik gencatan senjata selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran pada Rabu, sambil menggesa semua pihak agar memanfaatkan peluang itu untuk menuju ke arah keamanan berkekalan di Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar, Sihasak Phuangketkeow berkata, konflik itu menyebabkan kerosakan besar di dalam dan luar rantau berkenaan dengan kenaikan harga tenaga global menjadi antara kesan utama terhadap Thailand.
“Kami berharap tempoh dua minggu ini akan menjadi langkah penting ke arah gencatan senjata yang berterusan dan kekal, seterusnya membawa kepada keamanan di Asia Barat,” katanya kepada pemberita pada Rabu.
Beliau turut menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Selasa mengumumkan penggantungan operasi ketenteraan selama dua minggu terhadap Iran susulan usaha perantaraan.
Sebagai tindak balas, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Tehran akan menghentikan operasi pertahanan sekiranya serangan terhadap negara itu dihentikan.
Sementara itu, Sihasak mengesahkan bahawa tiga anak kapal kapal “Mayuree Naree” yang sebelum ini dilaporkan hilang, ditemui meninggal dunia.
Sihasak mengesahkan yang beliau akan melawat Oman dari 15 hingga 16 April atas jemputan Menteri Luar negara itu bagi menyatakan penghargaan atas bantuan Oman dalam menyelamatkan 20 anak kapal.
“Saya juga akan mengambil peluang untuk meneliti perkembangan perbincangan antara Oman dan Iran bagi memastikan laluan selamat kapal melalui Selat Hormuz,” katanya.
Beliau berkata, Thailand juga akan mendapatkan bantuan Oman untuk menyelaras dengan pihak berkuasa Iran bagi mendapatkan kebenaran laluan untuk sembilan kapal Thailand yang kini menunggu untuk melalui laluan perairan strategik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#gencatan senjata
#Sihasak Phuangketkeow
#Oman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan