awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco

Bernama
Bernama
04/02/2025
22:30 MYT
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Langkah memberikan perkhidmatan Komuter KTM secara percuma sempena Thaipusam bukan sahaja menggembirakan masyarakat India, tetapi juga mencerminkan nilai inklusif dan kebersamaan yang diperjuangkan oleh kerajaan MADANI.
Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V. Papparaidu berkata, keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
"Dengan memberikan perkhidmatan percuma ini, kerajaan bukan sahaja membantu golongan kurang berkemampuan tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku semasa perayaan besar.
"Langkah ini juga selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar kerana penggunaan pengangkutan awam yang lebih meluas boleh mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan persendirian," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Kemudahan itu ditawarkan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang, menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG), selain akan beroperasi selama 24 jam bagi tempoh empat hari bermula Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#tambang percuma
#KTM Komuter
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan