awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
22/01/2021
02:37 MYT
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh  - Perhutanan Kelantan
Abdul Khalim berkata, mungkin akan berlaku juga aktiviti mengangkut kayu balak dari tempat simpanan balak yang ditebang sebelum musim tengkujuh. - Astro AWANI
KOTA BHARU:Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
Menurut Pengarahnya, Abdul Khalim Abu Samah, aktiviti berkenaan dihentikan bermula Oktober sehingga tamat musim peralihan monsun timur laut.
“Sebenarnya, pembalak tahu, (apabila) musim hujan, mereka hentikan kerja pembalakan sebab dalam keadaan bahaya.
“Lori pun tidak boleh masuk. Dan ia juga berbahaya,” katanya ketika ditemui pada Khamis.
Sebaliknya, menurut beliau, mungkin akan berlaku aktiviti mengangkut kayu balak dari tempat simpanan balak yang ditebang sebelum musim tengkujuh.
Sebelum ini, masyarakat Orang Asli di pedalaman Gua Musang mendakwa, jalan menghubungkan beberapa pos penempatan mereka rosak dan tidak boleh digunakan akibat dilalui lori membawa balak.
Menurut Abdul Khalim lagi, aktiviti membawa keluar balak juga berbahaya pada musim hujan disebabkan laluan tanah yang licin.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#banjir
#tengkujuh
#balak
#Jabatan Perhutanan
#pembalakan
#Kelantan
#Abdul Khalim Abu Samah
#monsun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan