awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kenaikan tambang bagi LRT dan Putra - SPAD

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
19/02/2015
01:00 MYT
Tiada kenaikan tambang bagi LRT dan Putra - SPAD
Kadar tambang sedia ada akan dikekalkan sehingga SPAD membuat keputusan akhir mengenainya.- Foto Fail
Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan Putra tidak perlu bimbang kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai sebarang cadangan bagi menaikkan kadar tambang perkhidmatannya itu, buat masa ini.
Astro AWANI difahamkan kadar tambang sedia ada akan dikekalkan sehingga SPAD membuat keputusan akhir mengenainya.
Ia sekaligus menafikan ura-ura tersebar luas yang mendakwa tambang pengangkutan itu akan dinaikkan dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, Astro AWANI dimaklumkan oleh jurucakap Prasarana Berhad, syarikat itu telah memohon kepada kerajaan sebelum ini untuk menaikkan kadar tambang LRT dan Putra.
Ini jelasnya kerana, kadar tambang itu tidak pernah dinaikkan sejak 12 tahun ia beroperasi.
Menurutnya, apa juga sebarang kenaikan atau kadar tambang itu kekal, ia tertakluk kepada budi bicara SPAD.
Sejak tahun 2010, 35 stesen Komuter KTM dan LRT telah dinaik taraf untuk kemudahan dan keselesaan pengguna, terutamanya memudahkan orang kurang upaya (OKU) menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Topic Berkaitan
#LRT
#perkhidmatan awam
#Prasarana Berhad
#PUTRA
#SPAD
#tambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan