awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kenaikan tambang bas ekspres setakat ini, caj tambahan 10 peratus dilanjut - SPAD

Bernama
Bernama
07/09/2013
13:32 MYT
Tiada kenaikan tambang bas ekspres setakat ini, caj tambahan 10 peratus dilanjut - SPAD
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini mengumumkan bahawa tiada kenaikan tambang untuk perkhidmatan bas ekspres buat masa ini, walaupun harga petrol dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen seliter Selasa lepas.
Walau bagaimanapun pengusaha bas ekpress dibenarkan mengenakan caj tambahan 10 peratus sehingga tambang baharu diumumkan, menurut SPAD dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Jun lepas, SPAD telah membenarkan pengusaha bas ekspres mengenakan caj tambahan 10 peratus sempena musim perayaan Aidilfitri, dan caj tambahan tersebut sepatutnya berakhir esok.
Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu diambil setelah pihaknya meneliti komponen kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan api.
SPAD kini di peringkat akhir kajian kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baharu yang bakal diumumkan tidak membebankan rakyat dan pengusaha.
Topic Berkaitan
#naik
#SPAD
#tambang bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan