awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim Persekutuan AS arah Pentagon pulihkan akses media
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompromi keganasan dan provokasi agama, PDRM digesa ambil tindakan tegas - Aaron

Bernama
Bernama
10/03/2026
03:53 MYT
Tiada kompromi keganasan dan provokasi agama, PDRM digesa  ambil tindakan tegas - Aaron
Tiga kereta milik aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, pagi tadi. - Gambar/ Sinar Harian
Sebarang bentuk keganasan, provokasi agama, kebencian atau tindakan melampau yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandang serius tiga insiden yang berlaku baru-baru ini yang berpotensi menggugat keharmonian masyarakat dalam negara dan mahu tindakan terhadap golongan pelampau yang cuba menggugat keamanan negara mesti dilaksanakan tanpa kompromi.
“Sehubungan itu, saya memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat, selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aaron merujuk kepada insiden kenderaan milik aktivis masyarakat dikenali sebagai Cikgu Chandra, yang dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab dan video tular memaparkan seorang lelaki memijak dan merosakkan simbol suci agama Hindu, Trisul, yang jelas mencetuskan kegusaran dalam kalangan penganut agama tersebut.
Selain itu, ia termasuk serangan terhadap pendakwah bebas Zamri Vinoth yang turut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan individu dan ketenteraman awam.
Aaron berkata Malaysia dibina berdasarkan asas perpaduan, saling menghormati dan kefahaman antara agama serta budaya, dan nilai itu mesti terus dipertahankan oleh setiap lapisan masyarakat.
“Saya menyeru seluruh rakyat agar tidak bertindak secara beremosi, tidak menyebarkan spekulasi, serta sentiasa berhemah dalam memberikan reaksi terhadap isu sensitif, khususnya di media sosial. Sebarang perbezaan pandangan harus ditangani melalui saluran yang betul dan berlandaskan undang-undang,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perpaduan
#isu kuil
#isu perkauman
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan