awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taylor Swift, Travis Kelce bakal berkahwin 3 Julai ini?
Tarikh akhir permohonan lepasan SPM ke IPT dilanjut sehingga 13 April
Konflik Asia Barat: Gangguan internet di Iran melebihi 1,000 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi feri, jambatan jadi pengganti di jalan pesisir pantai Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2019
02:59 MYT
Tiada lagi feri, jambatan jadi pengganti di jalan pesisir pantai Sarawak
Penggunaan feri sebagai pengangkutan awam di Sarawak akan menjadi sejarah apabila semua projek pembinaan jambatan disiapkan. - Foto Twitter/@craz33sufri
Kerajaan Sarawak bercadang untuk menggantikan semua perkhidmatan feri di negeri itu dengan pembinaan jambatan bagi menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain.
Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi berkata ia melibatkan kawasan pesisir pantai di Sarawak yang kini bergantung kepada pengangkutan berkenaan.
"Pada masa kini kita menggunakan perkhidmatan feri untuk menghubungkan jalan pesisir pantai yang pada pada hari ini dan ini juga satu cabaran kepada kita.
"Kita bercadang hendak menggantikan semua kemudahan feri ini melalui pembinaan jambatan di kawasan pesisir pantai," katanya ketika Seminar Teknologi Jalan Raya dan Tenaga Kerja Teknikal di sini.
Julaihi berkata kerajaan memerlukan teknologi yang sesuai untuk membangunkan projek mega di Sarawak terutama dalam soal akses jalan raya dan jambatan.
Sepanjang jalan pesisir di Sarawak, pengguna laluan itu perlu melintasi beberapa batang sungai termasuk yang paling besar Sungai Batang Lupar.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#feri
#jambatan
#pesisir
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan