awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi di Turkiye setakat ini

Bernama
Bernama
06/02/2023
07:27 MYT
Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi di Turkiye setakat ini
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter. - AP
PUTRAJAYA: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal Isnin setakat ini.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas dikongsi melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.
"Setakat ini, misi kami belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi itu," menurut kenyataan itu.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected] itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected].
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 4.17 pagi Isnin.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.
Negara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Turkiye
#Kedutaan Besar Malaysia
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan