awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada layanan istimewa kepada 'Siska Qirana' untuk rentas negeri - Polis Dungun

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2020
21:09 MYT
Tiada layanan istimewa kepada 'Siska Qirana' untuk rentas negeri - Polis Dungun
Heboh di media sosial baru-baru ini berhubung tindakan seorang wanita yang menggunakan nama 'Siska Qirana' mendakwa mempunyai 'kabel' dalam jabatan polis yang membolehkannya pulang berhari raya. -Foto viral
Tiada layanan istimewa diberikan pihak polis kepada mana-mana individu untuk melakukan perjalanan rentas negeri.
Heboh di media sosial baru-baru ini berhubung tindakan seorang wanita yang menggunakan nama 'Siska Qirana' mendakwa mempunyai 'kabel' dalam jabatan polis yang membolehkannya pulang berhari raya.
Tindakan itu mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati selain turut memberi imej buruk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah menafikan dakwaan tersebut dan perkara dimaklumkan wanita terbabit itu tidak benar.
Menurutnya, PDRM telah memberi kelulusan kepada wanita itu pada hujung April lalu selepas polis di Putrajaya memaklumkan taska wanita terbabit dipecah masuk.
Kebenaran diberikan untuk wanita berkenaan menyelesaikan urusan berkaitan taskanya dan dia sudah bergerak ke sana (Putrajaya) pada 27 April lalu.
"Polis sudah ikut SOP (prosedur operasi standard) untuk keluarkan surat perjalanan tersebut. Cuma yang terkilannya, kenapalah pergi viral. Bangga sangatkah dapat keputusan itu," tulisnya di Facebook Polis Daerah Dungun.
Katanya lagi, pihaknya terkilan dengan tindakan wanita itu memuat naik status sedemikian sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.
"Tak perlulah viral. Sensiviti orang lain kenalah jaga. Hanya pergerakan ke Putrajaya, dan dia tidak balik semula pun ke Dungun," tulisnya lagi.
Justeru, tidak timbul isu layanan istimewa atau ada 'orang dalam' kerana kebenaran diberikan selepas menilai pelbagai perkara.
Sumber Facebook IbuPejabatPolisDaerahDungun
Topic Berkaitan
#ada kabel
#Baharudin Abdullah
#layanan istimewa
#rentas negeri
#Siska Qirana
#taska dipecah masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan