awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tiada negara boleh serang, ceroboh negara lain" - Anwar Ibrahim

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/01/2020
07:48 MYT
"Tiada negara boleh serang, ceroboh negara lain" - Anwar Ibrahim
Anwar secara prinsipnya tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana negara menyerang atau menceroboh negara lain. - Gambar fail
Tidak ada negara boleh membuat serangan termasuk melakukan pencerobohan ke atas negara lain, kata Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini, tegas beliau, termasuk negara kuasa besar Amerika Syarikat (AS) yang tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan selain daripada melalui keputusan bilateral, bersama dan melibatkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya tidak setuju tindakan mana-mana negara untuk menyerang atau menceroboh negara lain - itu prinsipnya.
"Amerika Syarikat tidak boleh (ambil sebarang tindakan), kalau ada keputusan mesti keputusan multilateral, keputusan bersama, terutama Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
"Saya tidak setuju. Malaysia telah membuat kenyataan walaupun tidak ke arah itu, tetapi kita lebih prihatin kebimbangan tercetusnya peperangan yang tidak akan membantu mana-mana negara.
"Saya lihat negara Arab dan Iran begitu banyak usaha menghancurkan, mengapa harus diteruskan begini?" soalnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Murid Cemerlang UPSR 2016-2019 Sekolah-sekolah Tamil Selangor di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, di sini pada Ahad.
Malaysia sebelum ini menyatakan kebimbangan dengan perkembangan terbaharu susulan serangan udara oleh AS terhadap Iran yang berlaku berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada Jumaat.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia sentiasa berpegang bahawa semua usaha perlu diambil bagi menyelesaikan masalah atau konflik menerusi perdamaian tanpa menggunakan ancaman atau kekerasan.
Terbaharu, bedilan roket dilaporkan berlaku di tengah-tengah bandar Baghdad dan di pangkalan udara tentera AS.
Ledakan itu dipercayai berlaku sebagai langkah tindak balas ekoran serangan udara AS yang meragut nyawa komander keselamatan dan perisikan Iran, Jeneral Qassem Soleimani.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anwar Ibrahim
#Baghdad
#ceroboh negara lain
#PBB
#Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
#serang negara lain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan