awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada niat malukan sesiapa, Subkhiddin Salleh tegur sistem pengangkutan aerotrain KLIA

Faida Rahim
Faida Rahim
23/12/2022
10:52 MYT
Tiada niat malukan sesiapa, Subkhiddin Salleh tegur sistem pengangkutan aerotrain KLIA
Subkhiddin yang baru pulang dari Korea Selatan kelmarin memaklumkan gembira apabila ciapannya mendapat maklum balas dari Menteri Pengangkutan. - Facebook Subkhiddin Mohd Salleh
KUALA LUMPUR: Kemudahan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak sepatutnya rosak terutama di waktu puncak musim percutian.
Demikian luahan bekas pengadil bola sepak Malaysia Subkhiddin Mohd Salleh yang kecewa melihat perkhidmatan aerotrain tidak beroperasi sehingga menyebabkan penumpang perlu menaiki bas untuk ke imigresen dan terminal domestik.
“Ciapan saya di Twitter bukan berniat memalukan mana-mana pihak. Saya hanya luahkan kekecewaan penumpang di KLIA yang rata-rata membawa anak kecil.
“Bayangkan ada yang bawa stroller anak, angkat ke shuttle bus yang disediakan tetapi dengan keadaan yang agak sesak, saya lihat banyak wajah kecewa bila dapat tahu aerotrain tidak beroperasi,” katanya kepada Astro AWANI.
Kredit: Twitter Anthony Loke
Kredit: Twitter Anthony Loke
Subkhiddin yang baru pulang dari Korea Selatan kelmarin memaklumkan gembira apabila ciapannya mendapat maklum balas dari Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
“Di Twitter, saya menulis Datuk Seri Anwar Ibrahim, KLIA adalah imej negara. Tolong minta yang berkenaan baiki perkhidmatan train KLIA, asyik sangkut saja.
“Tak sangka ciapan saya mendapat respon cepat dari YB Anthony. Saya berharap isu ini selesai secepat mungkin kerana imej lapangan terbang antarabangsa perlu dijaga sebaik mungkin,” katanya.
Sementara itu, di ruangan Twitter Anthony Loke menerima aduan berkenaan serta memaklumkan masalah aerotrain tidak beroperasi dalam perhatian beliau.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#KLIA
#Anthony Loke
#subkhiddin mohd salleh
#aerotrain rosak
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan