awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga global: Tangkapan ikan negara tidak terjejas, simpanan mencukupi
Bekas CEO, pengerusi syarikat ditahan, skandal saham babit kerugian dana awam RM300 juta
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu - KKM

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/09/2019
10:49 MYT
Tiada peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu - KKM
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengadakan sidang akhbar selepas melancarkan Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Bagan dan Gotong-royong 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan 2019 hari ini. - Foto BERNAMA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merekodkan peningkatan luar biasa penyakit berkaitan jerebu sepanjang negara dilanda masalah itu empat minggu lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini walaupun terdapat kes jangkitan mata, saluran pernafasan atas (URTI) dan asma, namun ia tidak membimbangkan.
Katanya, KKM akan membuat pemantauan berterusan bagi menghadapi sebarang peningkatan penyakit akibat jerebu.
"Kita pantau daripada klinik-klinik terpilih, tiga penyakit ini - pedih mata, jangkitan pernafasan atas dan asma semenjak kejadian jerebu melanda, sehingga kini dah empay minggu pemantauan.
"Bagaimanapun data penyakit tidak konsisten pesakit dan tidak ada kehadiran pesakit dengan jumlah yang luar biasa. Itu yang saya rumuskan maklumat dari KKM.
"Kita akan terus memantau status jerebu dan gejala penyakit akibat jerebu ini," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Sementara itu, mengenai demam denggi, Dr Dzulkefly berkata, kes dan kematian akibat penyakit itu menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81.8 peratus.
Berdasarkan statistik, sebanyak 93,344 kes dilaporkan sepanjang Januari hingga 7 September berbanding 51,337 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Manakala sebanyak 137 kematian direkodkan berbanding 81 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Kampungku Sihat di Padang Datuk Ahmad Badawi, Butterworth pada Ahad.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Topic Berkaitan
#asma
#Dzulkefly Ahmad
#jerebu
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#pedih mata
#penyakit akibat jerebu
#saluran pernafasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan