awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada permohonan pembersihan lot tanah di Bukit Tabur - MPAJ

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2021
01:46 MYT
Tiada permohonan pembersihan lot tanah di Bukit Tabur - MPAJ
Mohd Fauzi berkata, MPAJ juga telah meletakkan batu penghadang di lokasi bagi menghalang kenderaan berat masuk semula ke lokasi. - Foto ihsan MPAJ
KUALA LUMPUR: Pemilik lot tanah di Bukit Tabur di Taman Melawati tidak membuat sebarang permohonan untuk membersihkan kawasan tersebut.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim menjelaskan, pihaknya juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan di Lot 759 tersebut pada 11 September jam 11.00 pagi.
"Pihak MPAJ telah mengambil maklum berhubung isu yang tular di media sosial dan twitter berhubung dengan kerja-kerja tanah tanpa kelulusan yang berlaku di Lot 759 Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor.
"Pihak pemilik tanah telah melakukan kerja-kerja pembersihan tanah dan penebangan pokok dengan menggunakan satu unit jengkaut (excavator).
"Tindakan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen 70(A), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta133)," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, tiada sebarang kelulusan aktiviti tanah diberikan di Bukit Tabur di Taman Melawati.
Mengulas lanjut Amiruddin berkata, semakan oleh kerajaan negeri, MPAJ dan Pejabat Daerah Gombak mengesahkan tiada kebenaran seumpama itu diberikan.
Setelah semakan lanjut dibuat oleh pihak MPAJ dan Pejabat Daerah Gombak, tidak ada sebarang kelulusan diberikan utk aktiviti-aktiviti di tanah tersebut. Pihak penguatkuasa telah turun ke lokasi tersebut untuk menghentikan aktiviti dan menyita jentera yang terlibat. https://t.co/qUSp0uOxop
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 11, 2021
Dalam pada itu jelas Mohd Fauzi, tindakan dilaksanakan pada 11 pagi, 11 September dan sebuah jentera berat jengkaut telah disita.
BACA: Kerja pembersihan hutan Bukit Tabur dihentikan - Amirudin
Pihak MPAJ juga telah meletakkan batu penghadang di lokasi bagi menghalang kenderaan berat masuk semula ke lokasi.
Jekasnya, MPAJ memandang serius mengenai isu itu dan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Ampang Jaya
#media sosial
#Twitter
#undang-undang
#Bukit Tabur
#jengkaut
#MPAJ
#sita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan