awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/10/2018
09:08 MYT
Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka
Azlan menunjukkan laporan polis yang dibuat. -Foto Sinar Harian
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menafikan dakwaan berlaku penganjuran pesta bogel di pesisiran Sungai Melaka baru-baru ini.
Ia susulan rakaman satu klip video sekumpulan warga asing berseronok dalam keadaan berbogel sehingga klip itu menjadi tular di laman Facebook sejak semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin berkata ekoran itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah berhubung perkara tersebut dan tampil menjelaskan insiden berkenaan tercetus disebabkan pelancong terbabit mabuk.
Beliau berkata bertindak berdasarkan klip video tersebut, pegawai PPSPM telah ke premis berkenaan dan pemilik kafe memberitahu kumpulan yang dipercayai dari Eropah itu hanya melalui kawasan tersebut.
Bagaimanapun, mereka yang dalam keadaan mabuk kemudian telah mencabar antara satu sama lain untuk terjun ke dalam Sungai Melaka dan mula menanggalkan pakaian masing-masing.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku hari ini, kami tidak pernah mengeluarkan apa jua lesen untuk aktiviti sebegitu di seluruh negeri," kata Azlan pada sidang media di Dataran Sungai Melaka hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata klip video itu dikesan dimuat naik di Facebook pada Sabtu lalu namun menjadi tular sejak semalam sehingga pendapat perhatian pihaknya.
Tegasnya, PPSPM tidak mengeluarkan apa-apa lesen dan memberi kebenaran kepada mana-mana penganjur untuk mengadakan aktiviti sedemikian, malah hanya dimaklumkan mengenai insiden berkenaan selepas ia menjadi tular.
Klip video berdurasi 15 saat yang dirakam orang ramai itu memaparkan aksi liar kira-kira lima lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel sedang berseronok di kaki lima berhampiran sebuah kafe di pesisiran Sungai Melaka.
Azlan berkata beliau juga akan meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneliti semula lesen-lesen yang dikeluarkan dan memastikan semua pemilik kafe di sepanjang kaki lima Sungai Melaka mengikuti peraturan-peraturan ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Azlan Abidin
#Dataran Sungai Melaka
#klip video
#Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka
#pesta bogel
#PPSPM
#Sungai Melaka
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan