awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada PKPD di Kampung Gunung Pulai - Dr Adham

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
26/11/2020
10:57 MYT
Tiada PKPD di Kampung Gunung Pulai - Dr Adham
Dr Adham Baba menjelaskan, pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang tular juga bukan disampaikan oleh sumber yang sahih. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU:Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menafikan kawasan Kampung Gunung Pulai di Kulai, Johor akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), seperti yang ditularkan dalam media sosial.
Sebuah video dan pesanan ringkas dari kumpulan info komuniti yang kononnya kawasan berkenaan akan dikenakan PKPD bermula malam ini selama 14 hari tular sejak petang tadi.
"Setakat ini tiada sebarang arahan PKPD diumumkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Khamis.
Pun begitu, Adham menjelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan pengesanan kes aktif dan penilaian risiko di kawasan tersebut.
Beliau turut menjelaskan, pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang tular juga bukan disampaikan oleh sumber yang sahih.
Petang tadi, tular kononnya KKM selesai membanci seluruh kampung Gunung Pulai untuk ujian saringan dan akan menguatkuasakan PKPD selama 14 hari.
Turut dikongsi beberapa gambar khemah yang didakwa dibangunkan di kawasan pintu masuk kampung tersebut.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Kementerian Kesihatan
#Adham Baba
#WhatsApp
#Tular
#Kampung Gunung Pulai
#Kulai Johor
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan