awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada puak dalam MIC - Saravanan

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
17/10/2015
14:00 MYT
Tiada puak dalam MIC - Saravanan
SARAVANAN: Tiada lagi sistem berpuak-puak di dalam MIC. Kami semua datang daripada kumpulan yang sama iaitu di bawah bumbung yang sama. -Gambar fail
MIC tidak akan mengamalkan sistem berpuak-puak pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada 6 November ini.
Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan berkata, pemilihan jawatan bagi MIC kali ini akan dilakukan secara sihat tanpa sebarang permasalahan.
"MIC kini sangat bersatu lebih-lebih lagi selepas transformasi yang berlaku sebelum ini dan saya tidak rasa pemilihan jawatan MIC kali ini akan memecah belahkan parti," katanya semasa ditemui dalam sidang media pengumuman pertandingan jawatan bagi pemilihan parti di Bangunan MIC, di sini, hari ini.
"Tiada lagi sistem berpuak-puak di dalam MIC. Kami semua datang daripada kumpulan yang sama iaitu di bawah bumbung yang sama," katanya.
Terdahulu, Saravanan turut mengumumkan akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Beliau akan ditentang bekas Naib Presiden MIC, Datuk Seri S. K. Devamany.
Turut hadir pada sidang media itu ialah bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu selain daripada kehadiran hampir 75 peratus ketua bahagian MIC seluruh negara sebagai tanda memberi sokongan terhadap Saravanan.
Topic Berkaitan
#Devamany
#MIC
#pemilihan jawatan
#pemilihan parti
#Saravanan
#sistem berpuak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan