awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
Konflik Asia Barat: KKM pastikan keterjaminan bekalan ubat, peranti perubatan
Duta Rusia gesa AS kekalkan angkasa lepas sebagai ruang kerjasama, bukan persaingan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat kami bersama penjajahan Amerika Syarikat – Duta Iran

Khalis Khadir
Khalis Khadir
03/03/2026
12:19 MYT
Tiada rakyat kami bersama penjajahan Amerika Syarikat – Duta Iran
Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi (kiri) bersama Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid semasa sidang media mengenai Deklarasi Rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. - Foto Astro AWANI/Ikqwan Lee
'Ketahuilah, rakyat Iran sentiasa bersama kerajaan mereka'.
Itu mesej tegas Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi bagi menepis spekulasi kononnya ada rakyat Iran yang menyokong penjajahan dilakukan Amerika Syarikat dan Israel.
Katanya, sebaik sahaja serangan berlaku, rakyat Iran terus turun ke jalanan, dari pagi hingga ke malam untuk menyatakan sokongan demi kedaulatan tanah air.
“Rakyat Iran sentiasa menyokong kerajaan dan kerana itu juga apabila Amerika Syarikat dan rejim Israel menyerang Iran, rakyat kami turun ke jalanan untuk mempertahankan negara dan kerajaan kami.
“Sejak saat itu hingga kini, dari pagi hingga ke malam dan dari malam hingga ke pagi, rakyat kami terus berada di jalanan. Orang ramai dalam jumlah yang besar turun nyatakan sokongan kepada kerajaan dan mempertahankan Iran sebagai negara mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas mengenai kematian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa pimpinan lain negara itu, beliau menyifatkan ia adalah kematian yang 'menghidupkan' susulan pemergian mereka itu kini mencetuskan gelombang solidariti di seluruh dunia.
Katanya, ini membuktikan masyarakat global cintakan keamanan dan mahu konflik yang mengheret Asia Barat ke ambang malapetaka ini segera berakhir.
“Apabila berita disiarkan bahawa Amerika Syarikat menyerang Iran dan khususnya selepas tersebar berita pemimpin kami telah dibunuh, rakyat di seluruh dunia turut turun ke jalanan. Jika dilihat laporan berita, di banyak bandar di India, Pakistan, Turkiye, Iraq dan negara lain, mereka turun ke jalanan. Mereka mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat dan menyatakan sokongan kepada Iran.
Seperti yang anda tahu, di Amerika Syarikat sendiri, orang ramai turut turun ke jalanan dan menuntut agar perang dihentikan. Di United Kingdom juga, mereka turun ke jalanan. Ini menunjukkan bahawa rakyat di seluruh dunia lebih memilih keamanan, keselamatan dan keadilan. Kini, mereka berusaha menyokong Iran dan menamatkan perang,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Amerika Syarikat
#Iran
#Ayatollah Ali Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan