awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi Afghanistan

Bernama
Bernama
27/10/2015
12:51 MYT
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi Afghanistan
Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden gempa bumi yang melanda wilayah timur laut Afghanistan. -AFP PHOTO/PRAKASH SINGH
Tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam gempa bumi yang melanda wilayah timur laut Afghanistan semalam, demikian menurut Kementerian Luar hari ini.
Menurut Kementerian Luar perkara itu disahkan Kedutaan Besar Malaysia di Islamabad dan New Delhi, serta Konsulat Jeneral di Karachi.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata ia akan terus memantau keadaan tersebut.
Kenyataan itu turut merakamkan ucapan simpati dan takziah kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Pakistan, Afghanistan dan India terutamanya kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi berkenaan.
Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda wilayah Hindu Kush, Afghanistan pada 5.09 petang semalam.
Media melaporkan lebih 270 orang terkorban, kebanyakannya di Pakistan.
Gegaran turut dirasai penduduk di utara India dan Tajikistan susulan gempa bumi itu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#gempa bumi
#Hindu Kush
#India
#Malaysia
#Pakistan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan