awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TMM 2026: DBKL turunkan kadar deposit cagaran konsert, pertunjukan pentas dan kebudayaan
34 kemudahan tenaga di Teluk rosak teruk, kata Ketua IEA
Kerajaan Belanda boleh kekalkan rahsia dokumen MH17, mahkamah ECHR putuskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan program seni, perlu tambah baik garis panduan - Zambry

Haider Yutim
Haider Yutim
19/04/2026
08:54 MYT
Tiada sekatan program seni, perlu tambah baik garis panduan - Zambry
Menteri PendidikanTinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir merasmikan Dapur Siswa di Universiti Malaysia Sabah hari ini. - Foto Bernama
Tiada cadangan untuk mengambil tindakan bagi menyekat program seni dan kreativiti di universiti susulan isu persembahan di Universiti Malaya (UM) yang tular baru-baru ini, sebaliknya langkah pembetulan berlandaskan garis panduan sedia ada perlu dijalankan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pendekatan menutup atau menyekat fakulti berkaitan seni bukanlah langkah proaktif, sebaliknya lebih bersifat reaktif.
“Langkah-langkah pembetulan perlu dilakukan kerana kami tidak mahu menimbulkan sebarang sensitiviti rakyat berbilang kaum dalam negara kita yang bukan hanya melibatkan satu kaum, satu agama tetapi juga tatasusila masyarakat Malaysia,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jom Masuk Universiti Zon Sabah II di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan adegan kurang sopan dalam sebuah pementasan teater di Universiti Malaya.
Zambry berkata usaha memperkemas dan memperkukuh garis panduan sedia ada dilihat lebih sesuai dalam menangani isu berkenaan secara berkesan kerana setiap universiti mempunyai garis panduan tersendiri dalam menganjurkan program termasuk melibatkan elemen seni seperti muzik, filem, teater dan lakonan.
Beliau berkata pihak UM juga telah mengemukakan penjelasan berhubung isu berkenaan dan terdapat beberapa perkara sensitif yang perlu diperbaiki.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau kebajikan pelajar di kawasan konflik bagi memastikan keselamatan mereka sentiasa terjamin.
Zambry bagaimanapun berkata kebanyakan pelajar Malaysia berada di Mesir, Jordan dan Arab Saudi manakala hanya enam pelajar dikenal pasti berada di Iran.
“Di negara Teluk lain seperti Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, terdapat sebilangan kecil pelajar serta tenaga pengajar Malaysia,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Zambry Abd Kadir
#isu UM
#tiada sekatan
#teater
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan