awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada vaksin, tiada sekolah: PIBG setuju saranan PERDIM

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
27/02/2019
10:57 MYT
Tiada vaksin, tiada sekolah: PIBG setuju saranan PERDIM
Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata cadangan itu diterima baik, mengambil kira kesan masa panjang dan pendek terhadap kesihatan anak-anak.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju dengan cadangan penggiat industri kesihatan, agar anak-anak yang tidak menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan bersekolah.
Presiden persatuan ibu bapa dan guru nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata cadangan itu diterima baik, mengambil kira kesan masa panjang dan pendek terhadap kesihatan anak-anak yang tidak divaksin dan yang telah divaksin.
Katanya, dari segi jangka masa panjang juga, keperluan vaksin adalah penting bagi memudahkan urusan sekiranya kanak-kanak itu mahu melancong ke luar negara.
“Untuk kita memastikan anak-anak kita sihat berterusan sepanjang masa dan tumbesarannya sihat, maka saya bersetuju atas saranan untuk diwajibkan vaksin kepada anak-anak.
“Manakala anak-anak yang tidak divaksin tidak dibenarkan ke sekolah kerana dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada persekitaran dan kepada anak-anak yang telah divaksin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Pada Isnin, Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menggesa agar suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik.
Topic Berkaitan
#anak yang tidak divaksin
#Datuk Dr Mohamad Ali Hassan
#Dr Mohamad Ali Hassan
#PERDIM
#Persatuan Doktor Islam Malaysia
#Persatuan Ibu Bapa dan Guru
#suntikan vaksin
#tidak dibenar bersekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan