awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiba masanya negara ubah strategi dasar industrialisasi - Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2021
04:17 MYT
Tiba masanya negara ubah strategi dasar industrialisasi - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya menyokong syarikat-syarikat tempatan untuk memenuhi dasar industrialisasi ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya negara mengubah strategi dasar industrialisasi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini kerana, menurut beliau, negara kini tidak sepatutnya hanya menghasilkan bagi pasaran domestik tetapi pasaran antarabangsa.
Menerusi perkongsian terbaharu di blog peribadinya, Chedet.cc, ketika ini negara mendahului pasaran antarabangsa dalam menghasilkan sarung tangan getah.
"Kita perlu mampu untuk mengenal pasti penghasilan barangan lain untuk pasaran dunia.
"Kita dikurniakan banyak bahan mentah. Pastinya, kita ada getah dan minyak kelapa sawit. Tetapi kita juga bahan seperti timah, pasir silika, nadir bumi, bauksit dan hasil mineral lain.
"Kita sepatutnya menghasilkan barangan menggunakan bahan-bahan mentah ini. Sekiranya kita mengambil peluang ini, kita perlu menyasarkan kepada pasaran dunia.
"Kita perlu berkembang luas bagi produk-produk ini," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Langkawi.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan sepatutnya menyokong syarikat-syarikat tempatan untuk memenuhi dasar industrialisasi ini.
"Sekiranya kita boleh memberikan insentif potongan cukai kepada FDI (pelaburan langsung asing), kita juga mampu untuk melakukan perkara sama untuk syarikat-syarikat besar menyediakan bekalan kepada dunia.
"Kita kini dalam era maklumat di hujung jari. Ini adalah kekuatan baharu yang perlu kita teroka bagi bidang automasi dan robotik.
"Apa yang kita lakukan ini adalah untuk meningkatkan kegunaan kecerdasan buatan," ujarnya.
Justeru, dengan melakukan perubahan terhadap industri dan pertanian, negara akan menyaksikan kurang kebergantungan terhadap pekerja asing.
"Ia akan menyakitkan. Mereka yang bergantung kepada pekerja asing akan membantah.
"Tetapi, jawapannya bukan dengan meningkatkan kuota pekerja asing, sebaliknya dengan bertukar kepada industri lain dan automasi," tegas Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#bauksit
#Langkawi
#minyak
#kelapa sawit
#dasar industrialisasi
#pasaran domestik
#automasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan