awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak perlu tunggu, saya mahu berehat - Lee Chong Wei

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
07/10/2018
08:33 MYT
Tidak perlu tunggu, saya mahu berehat - Lee Chong Wei
Chong Wei berkata akan bersedia untuk mengadakan sidang media selepas berehat. - Gambar fail
“Tidak perlu tunggu saya, beri masa untuk saya rehat,".
Demikian kata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dijangka akan tiba di Malaysia malam ini selepas menjalani perubatan untuk rawatan kanser hidung tahap awal di Taiwan.
Beliau berkata akan bersedia untuk mengadakan sidang media selepas berehat.
“Baliklah rakan media tidak perlu tunggu saya . Saya perlu berehat dan selepas itu saya akan buat sidang media.
“Rakan media tidak perlu tunggu saya di lapangan terbang,” katanya dalam satu rakaman suara yang dikirimkan menerusi aplikasi Whatsapp.
Semalam Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Lee akan pulang ke Malaysia selepas menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan sejak beberapa bulan lalu.
Presiden itu tidak menyatakan lokasi ketibaan jaguh badminton itu.
Laporan akhbar pula menyatakan Lee akan pulang ke Malaysia menaiki pesawat persendirian.
Seawal pagi tadi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA1 dipenuhi media yang menanti ketibaan pemain badminton negara itu.
Topic Berkaitan
#BAM
#jaguh badminton negara
#kanser hidung
#Lee Chong Wei
#Mohamad Norza Zakaria
#Persatuan Badminton Malaysia
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan