awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak pertahan jawatan, Ismail Sabri sudah sampai kemuncak karier - Ahmad Maslan

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2023
12:14 MYT
Tidak pertahan jawatan, Ismail Sabri sudah sampai kemuncak karier - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tidak mahu mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden pada pemilihan UMNO akan datang didakwa kerana sudah mencapai kemuncak karier.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bekas Perdana Menteri itu telah membuat pilihan dan ia satu keputusan yang besar buat diri beliau.
"Kita ucapkan terima kasih atas khidmat beliau sebelum ini dan saya kira apabila (Ismail Sabri) tidak mahu lagi bertanding Naib Presiden, itu mungkin beliau sampai ke puncak apa yang (dipanggil) dalam perjuangan karier politik sebagai Perdana Menteri," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.
Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.
Bagaimanapun, media melaporkan beliau kekal menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera dan menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.
Mengulas lanjut, Ahmad mendakw,a Ismail Sabri dan beberapa individu lain kini 'bersama' bekas Perdana Menteri.
Namun, Ahli Parlimen Pontian itu tidak memperincikan nama bekas Perdana Menteri yang dimaksudkan.
"Beliau kini bersama dengan bekas Perdana Menteri, yang ada lagi beberapa orang.
"Terima kasih atas segala khidmat beliau selama ini selaku Naib Presiden dan Perdana Menteri yang kesembilan," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Pemilihan UMNO
#UMNO
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan