awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak semestinya UK setuju dengan Trump dalam semua isu - Yvette Cooper

Astro AWANI
Astro AWANI
08/03/2026
20:49 MYT
Tidak semestinya UK setuju dengan Trump dalam semua isu - Yvette Cooper
Menurut Cooper, tugas kerajaan Britain adalah mempertahankan kepentingan negara dan bukan “mengalihkan penentuan dasar luar” kepada mana-mana kuasa luar. - Gambar fail Reuters
United Kingdom (UK) menegaskan, negara itu tidak semestinya bersetuju dengan setiap pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, khususnya berkaitan konflik Iran yang semakin memuncak.
Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Luar Britain, Yvette Cooper, ketika menjawab kritikan terbaharu Trump terhadap dasar luar UK serta keputusan Perdana Menteri, Sir Keir Starmer dalam menangani perkembangan di Asia Barat.
Menurut Cooper, tugas kerajaan Britain adalah mempertahankan kepentingan negara dan bukan “mengalihkan penentuan dasar luar” kepada mana-mana kuasa luar.
Beliau menegaskan, UK perlu membuat keputusan mengikut kepentingan nasional dan bukannya mengikut kehendak negara lain.
Trump sebelum ini melemparkan kritikan terbuka terhadap Britain berhubung keputusan awal Starmer yang enggan memberikan kebenaran penggunaan pangkalan tentera UK untuk serangan pertama terhadap Iran.
Beliau turut menyindir London susulan laporan bahawa UK sedang mempertimbangkan penghantaran kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat.
Dalam satu kenyataan di media sosial, Trump menulis bahawa UK “baru mula memikirkan untuk menyertai perang” sambil menambah, “kami tidak memerlukan mereka lagi”.
Cooper bagaimanapun menegaskan, UK mampu membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengikuti tekanan luar, sambil menolak idea bahawa London wajar menyokong Washington tanpa soal seperti yang disuarakan bekas Perdana Menteri, Tony Blair.
Menurutnya, pengalaman perang Iraq menunjukkan bahawa UK perlu berhati‑hati dan tidak bertindak mengikut kehendak negara lain secara membuta tuli.
Pihak Downing Street pula menegaskan, hubungan istimewa antara UK dan AS masih berjalan seperti biasa, terutama dalam aspek pertukaran risikan dan kerjasama keselamatan. - Agensi
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Perang Iran-Israel 2026
#United Kingdom
#Presiden Donald Trump
#PM UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan