awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sempat sarapan, warga emas maut dilanggar kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/12/2021
03:26 MYT
Tidak sempat sarapan, warga emas maut dilanggar kereta
Mangsa maut dipercayai akibat kecederaan parah di kepala. - Foto ihsan PDRM
KULIM: Tidak sempat sarapan, seorang warga emas maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Paya Besar, dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam kejadian jam 8.26 pagi, mangsa Mangsa Muniandy A/L Supramaniam, 78, baru keluar dari rumahnya untuk bersarapan di kedai makan yang terletak di seberang jalan.
“Ketika mangsa sedang melintas jalan tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Iswara datang dari arah Paya besar menghala ke Hi-Tech, tidak sempat menghentikan kenderaan lalu melanggar mangsa yang ketika itu sedang melintas jalan.
“Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak lebih 10 meter ke tengah jalan dan maut serta-merta,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Sazalee berkata, mangsa maut dipercayai akibat kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Nahas
#maut
#warga emas
#melintas jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan