awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran - CENTCOM

Astro AWANI
Astro AWANI
01/03/2026
20:59 MYT
Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran - CENTCOM
Pesawat yang ditempatkan bersama Carrier Air Wing (CVW) 9 tersusun di atas geladak kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln, bagi menyokong serangan Operasi Epic Fury terhadap Iran. - Foto REUTERS
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan tiga anggota tenteranya terkorban dalam operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Iran, korban pertama dialami Amerika Syarikat (AS) sejak kempen serangan itu dilancarkan.
CENTCOM turut memaklumkan lima lagi anggota mengalami kecederaan serius, manakala beberapa yang lain cedera ringan akibat serpihan dan gegaran.
Dalam kenyataannya, CENTCOM memaklumkan bahawa operasi tempur utama masih berlangsung dan maklumat lanjut, termasuk identiti anggota yang terkorban, hanya akan didedahkan selepas waris dimaklumkan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam.
Serangan AS bersama Israel mengakibatkan kematian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Media Iran serta beberapa agensi antarabangsa turut mengesahkan hal itu, sementara Iran berikrar akan membalas serangan tersebut.
Beberapa lokasi strategik Iran, termasuk infrastruktur ketenteraan dan tapak berkaitan kepimpinan tertinggi, telah menjadi sasaran serangan udara besar-besaran itu.
Imej satelit turut menunjukkan kerosakan ketara pada kompleks kediaman Khamenei di Tehran.
Dalam perkembangan berkaitan, Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa telah melancarkan empat peluru berpandu balistik ke arah kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln.
Namun seorang pegawai AS memberitahu Al Jazeera bahawa tiada kerosakan dilaporkan.
CENTCOM turut menegaskan kapal berkenaan terus melancarkan pesawat dalam menyokong operasi di rantau itu.
Selain itu, CENTCOM memaklumkan lebih 1,000 sasaran ketenteraan Iran telah diserang sejak operasi bermula, termasuk ibu pejabat Pengawal Revolusi dan aset ketenteraan laut negara itu.
Pemerhati politik di Washington menjangkakan kematian anggota tentera AS akan mencetuskan desakan baharu terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump untuk memberi penjelasan lebih terperinci mengenai matlamat operasi ini.
Menurut laporan media AS, beberapa anggota Kongres dari Parti Demokrat mahu perdebatan tergempar diadakan bagi mengetahui skop operasi, tempoh, serta risiko kepada anggota tentera AS di medan pertempuran.
Trump dalam wawancara bersama Fox News bagaimanapun berkata keadaan “bergerak dengan pantas” dan mengesahkan operasi berjalan seperti dirancang.
Dalam kenyataan berasingan, beliau mendakwa Iran hampir memiliki senjata nuklear dalam tempoh dua minggu sekiranya serangan terhadap fasiliti nuklear negara itu tidak dilakukan.
Serangan balas Iran, termasuk peluru berpandu dan dron ke arah sasaran di Israel dan di seluruh Teluk, menaikkan kebimbangan kemungkinan tercetusnya konflik serantau yang lebih besar.
Laporan antarabangsa turut menyebut beberapa korban awam dan tentera di beberapa negara rantau itu.
Di Teheran pula, tiga individu telah dilantik untuk mengetuai negara sementara sepanjang tempoh peralihan kuasa selepas kematian Khamenei, termasuk Presiden Masoud Pezeshkian, ketua kehakiman, serta seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan.
Topic Berkaitan
#CENTCOM
#anggota tentera AS
#Terbunuh
#serangan balas Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan