awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beradik parah ditetak 20 lelaki bersenjata parang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/09/2019
07:25 MYT
Tiga beradik parah ditetak 20 lelaki bersenjata parang
Mogan menunjukkan bilik di mana ketiga-tiga anaknya ditetak hingga parah. -Astro AWANI
Seorang bapa berdepan detik cemas apabila diacu parang sebelum sekumpulan 20 lelaki bertindak menetak tiga anak lelakinya yang sedang tidur dalam kejadian di Kampung Kuala Temekah dekat Kuala Ketil, Kedah awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.40 pagi, kumpulan lelaki bersenjata parang itu datang ke rumah mangsa bertindak memecah cermin tingkap rumah serta merosakkan kereta dan motosikal milik mangsa.
Menurut mangsa, R. Mogan, 54, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi bising di luar rumah dan terkejut apabila mendapati lebih 20 lelaki bersenjata parang sedang mengepung rumahnya.
Katanya, kumpulan penyerang yang datang dengan menunggang 10 buah motosikal dan sebuah kereta itu kemudian bertindak merosakkan kereta dan motosikal serta memecah cermin tingkap dan pintu depan rumahnya.
Kumpulan itu kemudian menyerbu masuk ke dalam rumah dan mengacu parang ke arah dia dan isteri.
Penyerang itu kemudian menyerbu masuk ke dalam bilik dan menetak tiga anak lelakinya, M. Linges, 21; M. Devannayar, 20; dan M. Ramanayar, 19.
Mogan dan isteri hanya mampu melihat tiga anak ditetak serta mendengar jeritan anaknya menjerit meminta tolong.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali memaklumkan ketiga-tiga mangsa parah akibat luka ditetak di bahagian badan, tangan dan kaki.
Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.
Polis sedang mengenal pasti pihak terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Devannayar
#Linges
#OKU
#parah ditetak
#R Mogan
#Ramanayar
#Seksyen 324
#sekumpulan lelaki bersenjata parang
#Syed Basri Syed Ali
#tetak tiga anak lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan