awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga didakwa bunuh Ketua Wanita UMNO Semenchu

Bernama
Bernama
18/03/2014
03:57 MYT
Tiga didakwa bunuh Ketua Wanita UMNO Semenchu
Tiga penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Ketua Wanita UMNO cawangan Semenchu Zalfah Jamaluddin, 68, pada 28 Feb lalu.
Amirul Syahid Mohamad Razali, 20, Hairulnizam Salleh, 25 dan Mazlan Kassim, 21, kesemuanya dari Felda Semenchu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mangsa di No.36, Blok 2, Felda Semenchu, pada 12.20 tengah hari.
Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun tiada pengakuan direkodkan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan bedah siasat ke atas mangsa.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#bunuh
#mahkamah
#Semenchu
#Zalfah Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan