awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditahan bantu siasatan jual vaksin COVID-19 - Polis

Bernama
Bernama
24/06/2021
08:23 MYT
Tiga ditahan bantu siasatan jual vaksin COVID-19 - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka ditahan hasil siasatan polis berikutan laporan polis oleh seorang Pegawai Penyelidik Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), berhubung perkara itu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin COVID-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 23 dan 50 tahun itu, ditahan hasil siasatan polis berikutan laporan polis oleh seorang Pegawai Penyelidik Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), berhubung perkara itu.
Beliau berkata kesemua mereka yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta, didapati menawarkan serta menjual vaksin COVID-19 dan akan membuat panggilan telefon kepada orang awam.
"Mereka kemudian mengenakan harga sebanyak RM420 bagi dua dos vaksin yang akan disuntik. Bayaran bagaimanapun akan dibuat selepas pelanggan selesai menerima kedua-dua dos suntikan.
"Hasil serbuan di kediaman suspek, polis merampas enam telefon bimbit selain beberapa dokumen berkaitan kegiatan itu, dan kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata, pengesahan turut dibuat oleh Ketua Sekretariat CITF Persekutuan bahawa, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 tidak memberi kelulusan mana-mana pihak untuk menjual vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual vaksin
#COVID-19
#Putrajaya
#Brickfields
#CITF
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan