awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ditahan, seorang diburu kes bunuh remaja di Lundu

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
12/02/2026
21:02 MYT
Tiga ditahan, seorang diburu kes bunuh remaja di Lundu
Sudirman berkata, lelaki yang masih bebas itu dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan melarikan diri selepas menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS). - Astro AWANI
Polis Daerah Lundu menahan tiga lelaki dan sedang memburu seorang lagi rakan mereka bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang remaja berusia 18 tahun di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Sudirman Kram berkata, lelaki yang masih bebas itu dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut dan melarikan diri selepas menghantar mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menurut beliau, sekitar jam 7.12 pagi, polis Sarawak menerima maklumat daripada seorang pegawai perubatan HUS mengenai seorang lelaki yang dibawa ke unit kecemasan hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut menemui kecederaan bengkak pada bahagian mata dan pipi, serta kesan darah kering pada bahagian hidung,” katanya.
Siasatan awal mendapati mangsa dan beberapa rakan sekerja menghadiri satu perjumpaan sosial sebelum kejadian dan telah mengambil minuman keras.
“Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa, yang merupakan rakan sekerja dan tinggal serumah di sebuah rumah sewa. Pertikaian itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan fizikal,” jelasnya.
Mangsa dilaporkan pengsan sebelum suspek membawanya ke HUS menggunakan sebuah pacuan empat roda untuk mendapatkan rawatan.
Polis turut merampas beberapa telefon bimbit dan kenderaan pacuan empat roda terbabit sebagai bahan siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#remaja
#Hospital Umum Sarawak
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan