awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kapal tangki ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Bernama
Bernama
09/04/2019
20:32 MYT
Tiga kapal tangki ditahan berlabuh tanpa kebenaran
Dua kru termasuk kapten setiap kapal berkenaan dibawa ke pejabat ZMTS untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga kapal tangki di perairan Johor Timur kerana berlabuh tanpa kebenaran, pada Selasa.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS), Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata bot ronda APMM menahan kapal tangki yang berdaftar di Freetown, Liberia, yang turut dinaiki 11 kru termasuk seorang kapten pada 11.05 pagi, kira-kira 3.2 batu nautika dari tenggara Tanjung Penyusop.
Sementara, sebuah kapal tangki yang berdaftar di Indonesia dengan 14 kru ditahan pada 11.50 pagi di kedudukan 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Punggai.
Sebuah lagi kapal berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea dan dinaiki 10 kru beserta seorang kapten pula ditahan pada 2.10 petang pada jarak 3.2 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop.
"Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati ketiga-tiga kapal tangki tersebut gagal mengemukakan kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia, manakala dua kapal tangki (Freetown dan Malabo), kru kapal tidak mencukupi 'Safe Manning Certificate'," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata dua kru termasuk kapten setiap kapal berkenaan dibawa ke pejabat ZMTS untuk siasatan lanjut.
Mohd Zulfadli berkata kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(l) kerana bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 72(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana kru kapal tidak mencukupi syarat seperti "Safe Manning Certificate".
Beliau menjelaskan APMM akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara dan mengingatkan pengusaha dan pemilik kapal untuk menjauhi kawasan larangan bersauh kerana boleh mendatangkan bahaya navigasi serta kerosakan kabel komunikasi dasar laut.
Pengusaha juga dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor sebelum berlabuh, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bot ronda
#kapal tangki
#kapten
#kawalan keselamatan
#kebenaran bersauh
#Liberia
#Mohd Zulfadli Nayan
#perairan johor
#Tanjung Penyusop
#Tanjung Sedili
#undang-undang maritim
#ZMTS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan