awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kes lemas akibat banjir direkod sejak 21 Nov - Polis Kelantan

Bernama
Bernama
26/12/2023
01:10 MYT
Tiga kes lemas akibat banjir direkod sejak 21 Nov - Polis Kelantan
Kes terbabit melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian, Kota Bharu dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiga kes kematian akibat banjir direkodkan dalam tempoh monsun timur laut bermula 21 Nov hingga semalam (25 Dis).
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kes terbabit melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Kubang Kerian, Kota Bharu dan dua kanak-kanak perempuan di Pasir Mas.
"Empat lagi kes kematian adalah mangsa mati lemas dan mati mengejut, bukan akibat banjir," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Muhamad Zaki turut menasihatkan orang ramai agar cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan serta sentiasa berwaspada dan patuh pada arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
"Orang ramai juga diingatkan terutamanya golongan remaja bermotosikal untuk tidak pergi ke tempat banjir dan berpesta kerana perbuatan tersebut akan mengundang risiko kemalangan selain mengganggu kelancaran kenderaan petugas sekali gus akan merencatkan kerja menyelamat serta perpindahan mangsa banjir," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#Muhamad Zaki Harun
#kes lemas
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan