awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: IAEA sahkan kesan serangan berhampiran Loji Nuklear Bushehr
Asnida Daim didakwa pada Selasa - Peguam
Mendiang Tun Ling Liong Sik beri sumbangan besar, sahabat baik arwah abang - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/07/2024
11:15 MYT
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Pemadaman kebakaran turut melibatkan anggota dari BBP Selayang, BBP Taman Tun Dr Ismail serta BBP Seri Hartamas. - Foto JBPM Selangor
SUNGAI BULOH : Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh di sini pada Ahad.
Sebuah daripada kilang itu musnah sepenuhnya manakala dua lagi musnah kira-kira 60 peratus.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
"Seramai 67 anggota bomba ditugaskan untuk menjalankan kerja pemadaman iaitu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dibantu BBP Damansara, BBP Shah Alam, BBP Petaling Jaya, BBP Klang Utara, BBP Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kebakaran.
"Selain itu, pemadaman kebakaran turut melibatkan anggota dari BBP Selayang, BBP Taman Tun Dr Ismail serta BBP Seri Hartamas," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.
Ahmad Mukhlis memberitahu, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kematian.
Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kebakaran
#kilang
#musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan