awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi negeri bubar DUN hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2018
09:24 MYT
Tiga lagi negeri bubar DUN hari ini
Datuk Seri Najib selepas membuat pengumuman pembubaran Parlimen ke 13. - Foto fail Bernama
Beberapa negeri mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Sabtu, susulan pembubaran Parlimen ke-13 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di Melaka, Speaker DUN, Datuk Othman Muhamad menyerahkan notis pembuburan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.
Notis yang diserahkan kepada Pengarah SPR Melaka, Haelmy Mohd Hanifah di Seri Bendahara, Ayer Keroh disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
“Saya meneruskan peranan saya sebagai ketua kerajaan dan rakan Exco akan memegang peranan dan portfolio masing-masing sehingga ke satu tarikh yang diumumkan oleh SPR sebagai tarikh pilihan raya dan pengumuman pembentukan kerajaan selepas itu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Di Pahang pula, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.
“Tuanku telah perkenan menurunkan tandatangan dan dokumen berkenaan. Sehubungan itu, kita menyerahkan kepada Speaker DUN Pahang untuk diserahkan kepada SPR,” katanya.
Sementara itu di Kelantan, DUN Kelantan hari ini secara rasmi bubar selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Pembubaran DUN Kelantan itu dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
“Pemangku Raja Kelantan perkenan untuk hari ini untuk membubarkan DUN ke 13 maka saya isytihar secara rasmi kerajaan negeri bahawa bermula hari ini kita bubar DUN ke 13,” katanya.
Topic Berkaitan
#bubar
#DUN
#isu semasa
#Kelantan
#Malaysia Memilih
#Melaka
#Najib Razak
#negeri
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan