awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi peruntukan kementerian lulus di Peringkat Jawatankuasa, dua lagi esok

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/12/2020
08:51 MYT
Tiga lagi peruntukan kementerian lulus di Peringkat Jawatankuasa, dua lagi esok
RUU Perbekalan 2021 untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka pada Rabu ini.
KUALA LUMPUR:Peruntukan bagi Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri bagi Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini dengan hanya satu daripadanya melalui proses undi belah bahagian.
Kementerian yang melalui proses tersebut ialah Kementerian Wilayah Persekutuan apabila lebih 15 Ahli Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut suara.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi kementerian itu lulus di peringkat Jawatankuasa selepas 110 Ahli Parlimen menyokong, tujuh tidak menyokong; 31 tidak bersetuju manakala 72 tidak hadir.
Kelulusan tiga kementerian berkenaan menjadikan sebanyak 25 peruntukan kementerian lulus di Peringkat Jawatankuasa, setakat Isnin.
Sebanyak dua lagi kementerian masing-masing Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi dijadual melakukan perbahasan dan penggulungan RUU Perbekalan 2021 Peringkat Jawatankuasa, pada Selasa.
RUU Perbekalan 2021 untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka esok.
Topic Berkaitan
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#Belanjawan 2021
#Kementerian Dalam Negeri
#RUU Perbekalan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan