awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang

Bernama
Bernama
26/09/2024
13:02 MYT
Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang
Tiga PPS yang ditutup adalah SMK Tunku Temenggung dan SK Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena. - Gambar fail
ALOR SETAR: Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah ditutup petang tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 609 orang setakat 8 malam ini, berbanding 888 orang petang tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Temenggung dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.
Semua mangsa yang masih berada di PPS ketika ini terdiri daripada 163 keluarga di daerah Pendang.
Lapan PPS masih beroperasi di daerah tersebut iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, SMK Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, SK Haji Mohamad Ariff, SK Tanah Merah dan SK Syed Ibrahim.
Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 8 malam, paras air Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar serta Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu melebihi tahap waspada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah
#PPS
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan