awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan susulan insiden wartawan dikasari

Bernama
Bernama
16/10/2016
12:36 MYT
Tiga lelaki ditahan susulan insiden wartawan dikasari
Polis menahan tiga lelaki susulan insiden tiga wartawan sebuah akhbar tempatan dikasari ketika membuat liputan konvoi Bersih 5 di Kuala Selangor, semalam.
Klip video mengenai kejadian kira-kira 6 petang di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Pasir Penambang, Kuala Selangor itu tersebar di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah bagi pencegahan daripada melakukan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
"Siasatan lanjut untuk kenal pasti dan ambil tindakan ke atas individu lain yang terlibat sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang daripada wartawan berkenaan membuat laporan polis dengan mendakwa dia serta rakan-rakannya telah dikepung dan diugut supaya memadamkan video yang dirakam, selain bajunya ditarik sekumpulan lelaki yang menentang peserta konvoi Bersih 5.
Beliau turut mengesahkan ada menerima laporan berhubung tindakan beberapa individu dipercayai peserta konvoi Bersih 5 yang didakwa mengedar risalah berbaur hasutan di sekitar perkarangan pintu masuk pasar raya berkenaan.
Ia disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 berhubung perkara tersebut. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#klip video
#Konvoi Bersih 5
#Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah
#siasatan polis
#wartawan dikasari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan