awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki sesat ketika daki Bukit Janda Mandi

Bernama
Bernama
29/12/2023
16:18 MYT
Tiga lelaki sesat ketika daki Bukit Janda Mandi
Azman berkata usaha menyelamat berdepan beberapa halangan termasuk keadaan cuaca dan laluan bukit yang curam. - Gambar Bernama
CHUKAI: Bomba sedang menjalankan usaha menyelamatkan tiga lelaki yang sesat ketika mendaki Bukit Janda Mandi di sini pagi Jumaat.
Ketiga-tiga lelaki itu sebelum ini dikhuatiri hilang selepas tersasar dari laluan asal ketika mendaki bukit tersebut, namun seorang daripadanya berjaya menghubungi pihak bomba pada 4.29 petang dan memaklumkan lokasi mereka berada.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata usaha menyelamat berdepan beberapa halangan termasuk keadaan cuaca dan laluan bukit yang curam.
Beliau berkata pihak bomba sedang meninjau dan membuat penilaian laluan paling selamat dan cepat untuk membawa turun mangsa.
"Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Khairul Izzat Abas, 21, Muhammad Daniel Irfan Ahmad Redzuan, 19, dan Muhammad Amin Amiruddin Sabmun, 18, kesemuanya berasal dari Kemaman," katanya menambah empat jentera berserta 15 anggota terlibat dalam operasi itu.
Azman turut menasihatkan orang awam supaya menghentikan sementara aktiviti pendakian dan rekreasi di lokasi berisiko pada musim tengkujuh ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti pendakian
#pihak bomba
#laluan asal
#keadaan cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan