awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa kurung, pukul jurukimpal

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/07/2020
05:06 MYT
Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa kurung, pukul jurukimpal
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa mengurung dengan salah Ahmad Farid Mohammad, 28, dengan tujuan memaksa mangsa memulangkan wang tunai yang mungkin membawa kepada pengembalian wang itu. - Foto Astro AWANI
Tiga lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang pada Rabu atas pertuduhan mengurung dan memukul seorang jurukimpal.
Tertuduh Muhamad Hafizhu Zarawi, 33, dan Muhamad Azizu Zarawi, 27, serta seorang lagi rakan mereka mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Bagaimanapun pasangan adik beradik itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.
Manakala seorang lagi tertuduh yang berusia 26 tahun dibebaskan untuk dijadikan saksi pendakwaan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa mengurung dengan salah Ahmad Farid Mohammad, 28, dengan tujuan memaksa mangsa memulangkan wang tunai yang mungkin membawa kepada pengembalian wang itu.
Kesalahan itu dilakukan pada 1 Julai lalu di dalam sebuah kereta Proton Wira Aeroback di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit, di sini kira-kira jam 6.20 pagi.
Mereka didakwa mengikut seksyen 348 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan kedua mereka didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di alamat sama pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 akta sama.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, M Lishantini.
BACA: Tragedi anak maut dipukul selepas Subuh
Topic Berkaitan
#Ahmad Farid Mohammad
#anak
#dua beradik
#jurukimpal
#kereta
#kurung
#lelaki
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mangsa
#Marang
#maut
#penjara
#Proton
#pukul
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan