awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki termasuk remaja didakwa lakukan pemerasan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2023
05:20 MYT
Tiga lelaki termasuk remaja didakwa lakukan pemerasan
Ketiga-tiga mereka Mohamad Fairul, Mohamad Emran dan seorang remaja mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bahau hari ini. - Foto Sinar Harian
JEMPOL: Tiga lelaki termasuk seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret Bahau, pada Isnin atas dakwaan melakukan pemerasan terhadap seorang peniaga pada minggu lalu.
Ketiga-tiga mereka Mohamad Fairul Mohd Alwi, 23, Mohamad Emran Faiz Yahya, 28, dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki berusia 24 tahun untuk menyerahkan wang sebanyak RM14,000.
Perbuatan itu dilakukan sebuah rumah di Felda Serting Hilir 5, jam 1 pagi pada 23 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Majistret kemudian membenarkan Mohamad Fairul dan Mohamad Emran diikat jamin RM11,000 setiap seorang manakala seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun diikat jamin RM4,000, masing-masing dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan pada 3 Mac depan bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas pertuduhan mencederakan peniaga sama.
Media sebelum ini melaporkan seorang peniaga dipukul dengan batang cangkul, penyapu dan getah paip selepas didakwa melakukan hubungan sulit dengan isteri orang.
Selain dipukul, wang milik peniaga berkenaan turut dikebas.- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemerasan
#remaja
#peniaga
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan